Monday, January 1, 2018

CARA BELI ONLINE DI LAZADA MALAYSIA PANDUAN LENGKAP

CARA BELI ONLINE DI LAZADA MALAYSIA PANDUAN LENGKAP




CARA BELI ONLINE DI LAZADA MALAYSIA (PANDUAN LENGKAP)








Pertama kali saya beli online di Lazada adalah pada awal tahun 2014. Mula-mula beli barang kecil-kecil sahaja, dan lama kelamaan saya dah jadi �lazada addict� dan mula beli barang yang berjumlah agak besar (dan kadang2 saiz juga besar) seperti iPhone, smartphone Android, laptop, mesin basuh, Air Fryer, Smart TV dan banyak lagi. Bermula dari saya, kini isteri dan keluarga saya juga banyak membeli online di Lazada terutamanya ketika musim sales seperti Raya dan hujung tahun.
Ramai juga yang bertanyakan kepada saya mengenai cara nak beli online di Lazada. Macam mana nak tahu seller tu trusted atau tak? Bagaimana dengan warranty bagi barang elektronik?
Panduan ini saya buat untuk memudahkan anda semua online shopping di Lazada. Tips-tips dalam panduan ini juga boleh diguna pakai untuk anda shopping di laman e-commerce lain kerana konsepnya hampir sama. :)




1. Pertama sekali, daftar dulu akaun Lazada menggunakan email anda. Kemudian login / sign in menggunakan username dan password akaun yang anda baru daftar itu. Saya galakkan guna nama dan nombor phone sebenar di dalam maklumat akaun bagi memudahkan rekod, penghantaran dan juga urusan warranty atau refund.


1. Search item yang hendak dibeli. 
Contohnya Iphone 6  Dekat page result tu keluar banyak pilihan, biasanya saya buka pilihan bergantung kepada harga, jenama dan juga rating / review

Lazada merupakan platform e-commerce yang mengumpulkan ratusan seller/vendor. Ada barang yang dijual sendiri oleh Lazada dan biasanya item tersebut disimpan di dalam warehouse Lazada, manakala sesetengah barang lain pula dijual oleh pihak ketiga (third party / external seller). Jadi sebelum membeli, pastikan anda tahu beberapa perkara.
Tak semua penjual/vendor adalah jujur, lebih-lebih lagi seller online. Jadi pastikan sebelum order tahu siapa penjual item tersebut dan bagi item yang memerlukan warranty, printscreen page tersebut just in case seller remove landing page item itu di masa akan datang.
a. Warranty � Local Supplier Warranty bermaksud warranty dari kedai. Kalau barang rosak, anda kena hubungi seller untuk urusan warranty. Local Manufacturer Warranty bermaksud warranty dari pengeluar atau pengedar rasmi. Sekiranya barang rosak, anda boleh pergi ke service center atau pulangkan / pos balik kepada syarikat yang menguruskan warranty.
Dalam contoh gambar di atas; kalau Air Fryer yang dibeli rosak dalam masa 1 tahun, boleh hubungi penjual (Lazada) untuk repair atau exchange.
b. Shipping fees � sesetengah barang layak untuk dapat shipping fees percuma. Biasanya barang bersaiz besar anda perlu tambah sedikit shipping fee.
c. Maklumat Seller � Anda kena tahu barang yang anda hendak beli itu Dijual dan diuruskan (Sold & Fulfilled) oleh pihak mana. Kalau Lazada sendiri jual, biasanya servis penghantaran dan return memang laju dan cekap, tetapi kalau third party mengikut pengalaman saya ada seller yang cekap dan ada juga seller yang buat lengah. Cuba google dulu nama seller untuk lebih maklumat mengenai reputasi mereka.
d. Rating / Review � barang yang popular dan trusted biasanya dapat rating tinggi dan banyak ulasan positif. Manakala seller atau barang yang bermasalah pula biasanya rating dan review yang sebaliknya.


BAHAGIAN 2 >> KLIK SINI<<<


go to link download
download
alternative link download

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.